REFLEKSI

Refleksi MakroPengajaran
Sebelum menjalankan makro pengajaran
Persediaan rapi telah dibuat sebelum memulakan makro pengajaran ingini, bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku semasa sesi pengajaran makro pengajaran ini. Persediaan awal adalah sangat penting bagi membantu saya menyampaikan isi kandungan pelajaran dengan baik, mematuhi masa yang telah ditetapkan dan menjalankan segala aktiviti yang dirancang dengan kemas dan teratur.
Semasa menjalankan makro pengajaran
Penggunaan Slaid MS power point dapat meningkatkan motivasi murid untuk belajar serta menambahkan pengukuhan pemahaman murid. Saya dapati mereka cukup seronok dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang diadakan. Saya juga menyediakan contoh ilustrasi agar murid dapat memahami topik yang disampaikan dengan jelas dan menggunakan teknik ganjaran dan pujian untuk menghargai murid dan menarik minat murid.
Kekuatan
Saya telah dapat mengesan beberapa kekuatan pengajaran saya. Antara kekuatannya adalah saya dapat mengawal kelas dengan baik. Penggunaan ICT dalam pengajaran saya dapat menarik  minat murid dan membantu mereka  memahami dengan jelas terhadap isi pelajaran yang ingin saya sampaikan.  Selain itu, kelantangan  suara saya juga memainkan peranan yang penting kerana suara yang lantang dan tegasakan memudahkan murid mendengar dengan teliti dan sekaligus membantu pemahaman mereka terhadap pelajaran yang saya sampaikan. Segala arahan saya juga akan dapat dipatuhi oleh murid dan ini akan memudahkan saya menjalankan aktiviti yang telah dirancang dengan baik dan lancar. Selain itu, pertuturan yang baik dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran iaitu menggunakan bahasa yang standard dan mudah difahami oleh pelajar ketika mengajar, suara jelas dan lantang serta penyampaian yang lancar.
Selain itu,saya juga menjalankan aktiviti berkumpulan dalam pembelajaran saya, pendekatan yang berpusatkan murid lebih efektif berbanding pendekatan tradisional yang berpusat kanguru. Sehubungan itu wajarlah pengajaran amali berasas inkuiri penemuan di ketengahkan bagi meningkatkan pemahaman murid. Pembelajaran amali berupaya membantu murid membina pengetahuan sendiri. Dalam proses ini murid akan menyesuaikan pengetahuan yang baru diterima dengan pengetahuan sediaa dan untuk membina pengetahuan baru. Selain itu, tugasan amali juga biasanya dijalankan secara berkumpulan yang mengalakkan perasaan positif serta saling menghargai,menyokong dan menghormati sesama sendiri. Oleh itu satu kaedah pendekatan pengajaran yang berpusatkan pelajar (inkuiri) perlu diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kelemahan
Antara kelemahan yang dikenalpasti semasa menjalankan makro pengajaran ini ialah murid-murid saya kurang faham dan tidak berani menjawab soalan saya dalam Bahasa Malaysia, ini disebabkan Bahasa Melaysia bukanlah bahasa pertama murid-murid di SJK C,mereka lebih menyesuaikan diri dengan bahasa ibunda mereka, jadi kejadian ini telah mewujudkan beberapa masalah dan cabaran semasa pengajaran dan pembelajaran saya,Cuma beberapa orang murid yang cerdik berani menjawab soalan saya dengan menggunakan Bahasa Melayu,maka ada dikalangan mereka yang faham soalan saya tetapi mereka tidak berani memberi jawapannya kerana takut salah,Manakala ada murid pula tidak faham pengajaran saya,maka mereka telah membuat bising dan berbual dengan kawan di sebelahnya.
Selain itu, Saya juga tidak mencadangkan aktiviti susulan kepada murid. Lembaran kerja yang disediakan tidak mengikut aras kebolehan murid. Saya dapati murid yang lemah agak sukar menyiapkan tugasan yang diberikan. Dalam konteks bilik darjah, waktu untuk guru berinteraksi dengan murid-murid begitu terhad. Oleh itu segala maklum balas yang berlaku di antara kedua belah pihak bukan sahaja terjadi secara spontan dan perlu segera.
Selain itu, kelemahan lain yang dapat dikesan ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan.Pengaturan masa menjadi tidak seperti yang dirancangkan masa yang ditetapkan. Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar. Hasil pemerhatian saya ke atas rakaman pengajaran dengan rancangan pengajaran harian yang telah dibuat, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring. Hal ini berlaku atas beberapa faktor iaitu terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah. Jika langkah menyampaikan isi pelajaran terganggu, hasil pembelajaran yang dirancangakan turut tergendala. Jadi, pengagihan masa perlu dioptimumkan sebaik mungkin.
Cara untuk mengatasi masalah
Setelah pengajaran dijalankan terhadap makro pengajaran yang telah saya jalankan, terdapat beberapa kelemahan yang telah saya lakukan dan penambahbaikan perlu dilakukan bagi memperbaiki kelemahan pengajaran saya. Antaranya adalah ketepatan masa dalam menyampaikan pelajaran dan pemantauan murid di dalam kelas. Saya akan cuba menggunakan ruang masa dengan efektif supaya pengajaran dan pembelajaran mengikut rancangan yang disediakan. Saya perlu mengikuti masa yang telah ditetapkan bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Menepati masa akan memudahkan saya menyelesaikan setiap bahagian penyampaian pengajaran dari mula hingga akhir pengajaran. Pada pelajaran yang akan datang, saya akan melakukan penambahbaikan yang sepatutnya memperbanyakkan aktiviti berpasangan dan berkumpulan, memperbanyakkan aktiviti menjana idea dan sumbangsaran oleh murid, pengawalan masa setiap aktiviti dan memberi nasihat dan dorongan kepada murid. Lembaran kerja yang disediakan mesti sesuai mengikut aras kebolehan dan keupayaan murid. Jika aras pengajaran guru tinggi, pelajar yang lemah tidak dapat mengikutnya, akhirnya mereka akan ketinggalan dalam pelajarannya. Apabila aras pengajaran itu rendah, pelajar-pelajar yang cerdik tidak akan memberikan tumpuan terhadap pengajaran guru. Ini akan merugikan pelajar yang cerdik, kerana guru terpaksa menumpukan lebih banyak masa kepada pelajar yang lemah. Salah satu cara untuk mengatasinya ialah saya patut mengumpulkan pelajar yang cerdik ke dalam satu kumpulan dan pelajar yang lemah dalam satu kumpulan yang lain berdasarkan kebolehan dan penguasaan sesuatu kemahiran. Saya berharap dengan melakukan tindakan seperti ini akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan serta dapat menarik minat murid semasa mengikuti pengajaran dan pembelajaran saya.